Maklumat Perpindahan URL
Laman ini telah dipindahkan ke Laman Berikut:
http://mptitiwangsa.com/v1/
Difailkan dalam: Uncategorized | 1 Komen »
Al-Fatihah : Ibu YB.Dr. Lo’Lo’ Meninggal Dunia
DBKL halang Dr. Lolo bantu rakyat miskin!
Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pada 18 September, Pegawai Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh di edarkan kepada pihak luar.
Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.
Difailkan dalam: Aktiviti, DBKL, Kebajikan, Kuala Lumpur, Politik | 6 Komen »
Usah buang kekuatan semulajadi PAS semasa jadi pembangkang
Oleh Iskandar Abdul Samad
Memang tidak dapat dinafikan program-program yang melibatkan pimpinan PAS di Selangor semakin bertambah sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac yang lalu.
Kalau dulu hanya program-program Parti sahaja yang menonjolkan pemimpin-pemimpin Parti tetapi sekarang ini terdapat program-program kerajaan negeri yang memberi pendedahan kepada pimpinan Parti terutamanya yang menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.
5 soalan panas Harakah untuk Dr Lo’Lo’
SIAPA yang tidak kenal Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali. Beliau satu-satunya calon PAS wanita yang berjaya melakar sejarah di tengah kota kosmopolitan Kuala Lumpur apabila dengan penuh yakin merampas kerusi parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya lalu.
Namun beliau yang usianya sama dengan tahun kemerdekaan negara tidak berang menjawab lima soalan panas wartawan ROY RASUL ketika menghadiri jamuan menyambut Ramadan di Pejabat Harakah, 28 Ogos lalu.
1. Dr seorang yang lantang di Parlimen tetapi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-54
di Ipoh, pada 13 hingga 17 Ogos lalu agak kurang menyengat.
Macam mana nak menyengat, saya tidak ada peluang untuk bercakap. Kita (AJK PAS Pusat) di atas sana memang kena mendengar saja. Begitu juga semasa menjawab isu kebajikan, mana hendak menyengat dan tak perlu pun. Yang penting bagi tahu faktanya saja. Saya hanya berpeluang bercakap apabila ada soalan tentang Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.
PAS edar kuih bulan kepada warga Cina
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dan Kelab Penyokong PAS turun beramai-ramai mengedarkan kuih bulan kepada warga cina. Ia merupakan simbolik bagi meraikan kaum cina yang menyambut perayaan kuih bulan pada bulan ini.
Program edaran tersebut turut dihadiri oleh Hj Mohd Noor Mohamad (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Dr. Lo’ Lo’ Hj Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa), Hu Pang Chaw (Ketua Kelab Penyokong PAS) dan Vincent Lee (Timb. Kelab Penyokong PAS).
Ketua Pemuda PAS Wilayah Sdr. Kamaruzaman, Timbalannya Sdr. Kamarul Arif dan Naib Ketua Pemuda Wilayah Sdr. Khairul Anuar juga turut menyertai program tersebut.
Difailkan dalam: Aktiviti, Kebajikan, Kuala Lumpur | Leave a Comment »
Majlis berbuka bersama warga lorong Hj Taib
Pada 13 September lepas warga lorong Hj Taib diraikan beramai-ramai dengan majlis ifthar dan solat terawih beramai-ramai. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JAWI sebagai perasmi dan YB Dr Lo’Lo selaku Ahli Parlimen Titiwangsa.
Majlis tersebut kelihatan sangat meriah dengan kehadiran beramai-ramai warga lorong Hj Taib dan persatuan-persatuan kebajikan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan warga penduduk di situ. Ia tambah meriah dengan kehadiran ahli-ahli PAS kawasan Titiwangsa yang sudi datang bersama YB Dr Lo’ Lo’.
YB Dr Lo’ Lo’ ketika ditemui berjanji akan cuba sedaya upaya membantu warga dilorong ini dan sekitar Chow Kit Amnya.
Difailkan dalam: Aktiviti, Kebajikan, Kuala Lumpur | 6 Komen »
Salam Ramadhan

Difailkan dalam: Kebajikan | Leave a Comment »
Demontrasi Membantah Penguatkuasaan Parking Bermeter DBKL
Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’Lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali akan turun bersama rakyat bagi membantah penguatkuasaan penggunaan parking bermeter oleh DBKL.
Program dijangka berlangsung pada 21 Ogos 2008 (KHamis), 9.00pg bertempat dihadapan hadapan Mc. Donald, Desa Pandan, Kg. Pandan.
Para penduduk dan peniaga tidak bersetuju kewujudan parking bermeter itu kerana selama ini mereka boleh meletakkan kenderaan dengan percuma dikawasan berkenaan. Sebelum Ahli Parlimen Titiwangsa pernah berdemo untuk membantah kenaikkan 35% caj parking sedia ada (Gambar).
Difailkan dalam: Aktiviti, DBKL, Ekonomi, Kebajikan, Kuala Lumpur | 2 Komen »
























