SOALAN : Dr Lo’Lo’ Binti Mohamad Ghazali ( Titiwangsa ) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menangani masaalah tempat letak kereta yang tidak mencukupi di Hospital Kuala Lumpur ( HKL )
JAWAPAN:
Tuan Yang di- Pertua ,
Bagi Mengatasi masalah tempat meletak kereta di Hospital Kuala Lumpur yang sangat mendesak pada masa ini , Kementerian Kesihatan telah pun merancang untuk melaksanakan projek menyediakan tambahan ruang tempat meletak kereta di tempat –tempat yang sesuai di sekitar kawasan hospital tersebut.
Pada masa ini , Hospital Kuala Lumpur memerlukan 3,000 petak letak kereta yang mana pada,masa ini , hanya terdapat sejumlah 1,670 petak letak kereta dan daripada jumlah itu , 300 petak adalah dikhaskan untuk pelawat .Ini bermakna HKL masih memerlukan sebanyak 1,330 lagi petak letak kereta tambahan.
Sebagai strategi jangka pendek , Kementerian akan membina sebanyak 114 petak letak kereta dalam masa terdekat seterusnya akan disusuli dengan penambahan 194 petak letak kereta lagi bagi menjadikan keseluruhan 308 petak letak kereta akan di bina diatas diatas di atas tapak bangunan Wisma Kayu yang akan dirobohkan.
Bagi tempoh jangka panjang , Kementerian melalui Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9 ) akan membangunkan projek Hospital Wanita dan Kanak- Kanak dan projek Hospital Wanita dan Kanak-kanak dan projek Ambulatory Care Centre ( ACC ) di tapak HKL.Melalui kedua-dua projek ini , Kementerian akan menyediakan tambahan sebanyak 1,341 petak letak kereta di HKL , dimana lima puluh peratus daripadanya akan dikhaskan untuk pelawat.Berdasarkan perancangan ini , masaalah kekurangan tempat letak kereta di HKL akan dapat diatasi sepenuhnay menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu pada 2010.
Difailkan dalam: Kuala Lumpur, Parlimen





















