Demontrasi Membantah Penguatkuasaan Parking Bermeter DBKL

Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’Lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali akan turun bersama rakyat bagi membantah penguatkuasaan penggunaan parking bermeter oleh DBKL.

Program dijangka berlangsung pada 21 Ogos 2008 (KHamis), 9.00pg bertempat dihadapan hadapan Mc. Donald, Desa Pandan, Kg. Pandan.

Para penduduk dan peniaga tidak bersetuju kewujudan parking bermeter itu kerana selama ini mereka boleh meletakkan kenderaan dengan percuma dikawasan berkenaan. Sebelum Ahli Parlimen Titiwangsa pernah berdemo untuk membantah kenaikkan 35% caj parking sedia ada (Gambar).

Dalam isu terbaru ini pula, Ahli Parlimen Titiwangsa telah menghantarkan surat bantahan penduduk kepada DBKL. Namun jawapan DBKL agak mengecewakan. DBKL memberikan alasan bahawa masalah ‘double parking’ yang sering berlaku menyebabkan mereka terpaksa meletakkan meter itu disitu.

Alasan bodoh ini menimbulkan kemarahan penduduk dan peniaga kerana masalah itu tidak wajar diselesaikan dengan cara mengenakan caj. Pada masa ini, masih terdapat banyak kenderaan yang diletakkan secara ‘double parking’ dan para pengguna tiada pilihan kerana ruang tempat letak kereta adalah terhad khususnya pada waktu puncak.

DBKL dilihat cuba menyelesaikan masalah ini umpama menangguk di air keroh. Mereka dapat untung berganda hasil dari caj dan saman yang dikeluarkan. Penduduk dan peniaga sekitar Desa Pandan tetap menderita kerana kos hidup mereka meningkat ekoran tindakan jahil DBKL.

Perkara ini turut berlaku dibeberapa kawasan lain dan benar-benar menyusahkan rakyat di seluruh Kuala Lumpur. Antara kawasan lain yang turut dikenakan bayaran parking bermeter adalah Taman Sri Hartamas, Desa Sri Hartamas, Bandar Baru Sri Petaling, Bangsar Utama, Bukit Damansara, Taman Sri Rampai, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Taman Desa, Danau Entrepreneurs Park, Kuchai Entrepreneurs Park, Metro Prima Kepong, Kepong Entrepreneurs Park, Kepong Baru and the Wholesale Market complex.

Oleh itu kami menyeru pada rakyat yang prihatin untuk turun bersama ke demontrasi ini.

2 Respons

  1. apa hasil dari bantahan ini ?
    Pegawai DBKL masil kelihatan menyaman kenderaan tanpa parking ticket.
    Yang peliknya cuma ’selective’ kenderaan yang kena dan bukannya semua kenderaan yand park sederet di situ.

    Adakah warga desa pandan akan membayar saman itu?

  2. Is not just DBKL but MPSJ too. Why not just free parking ? I wonder all might be proposed by outsourced company who sell & maintain the ticket machine. La ni semua taman perumahan ada meter, parking depan rumah pun kena bayar. Depan OTK Puchong Prima pun dah kena bayar..

Tinggalkan jawapan