PAS edar kuih bulan kepada warga Cina

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dan Kelab Penyokong PAS turun beramai-ramai mengedarkan kuih bulan kepada warga cina. Ia merupakan simbolik bagi meraikan kaum cina yang menyambut perayaan kuih bulan pada bulan ini.

Program edaran tersebut turut dihadiri oleh Hj Mohd Noor Mohamad (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Dr. Lo’ Lo’ Hj Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa), Hu Pang Chaw (Ketua Kelab Penyokong PAS) dan Vincent Lee (Timb. Kelab Penyokong PAS).

Ketua Pemuda PAS Wilayah  Sdr. Kamaruzaman, Timbalannya Sdr. Kamarul Arif dan Naib Ketua Pemuda Wilayah Sdr. Khairul Anuar juga turut menyertai program tersebut.

Rombangan ini turun di sekitar Titiwangsa dan Setiawangsa berjumpa dan mengucapkan selamat kepada warga Cina. Hu Pang Chaw dan Vincent amat gembira dan berpuas hati dengan respon warga Cina dengan kehadiran Ahli Parlimen Titiwangsa dan Pesuruhjaya PAS dikawasan mereka.

Terdapat juga warga Cina dan peniaga yang mengambil peluang ini melaporkan masalah di kawasan mereka. Pegawai yang bertanggungjawab mengambil laporan dan berjanji sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut.

Ada masalah yang telah berlanjutan selama bertahun-tahun, seperti peniaga di pasar Desa Rajang yang tidak mendapat lesen perniagaan walaupun telah berniaga 30 tahun lamanya. Tiba-tiba pihak DBKL datang menyaman peniaga tersebut atas alasan tidak ada lesen.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah, mempersoalkan mengapa DBKL membiarkan masalah ini bertahun-tahun, tetapi sebaik sahaja Pakatan Rakyat menang DBKL tiba-tiba mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga.

“Masalahnya lagi sebelum ini DBKL tidak pernah pun turun berjumpa dengan peniaga-peniaga ini. Mereka hanya tunggu kat pejabat sedangkan ramai peniaga yang sukar ke pejabat DBKL atas masalah-masalah tertentu.” tambah Herman

Walaubagaimanapun petugas-petugas PAS kawasan akan cuba menyelesaikan masalah ini sedaya upaya.

 

gambar-gambar lain boleh dilihat di dalam http://www.pas.org.my/galeri

Tinggalkan jawapan