5 soalan panas Harakah untuk Dr Lo’Lo’

SIAPA yang tidak kenal Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali. Beliau satu-satunya calon PAS wanita yang berjaya melakar sejarah di tengah kota kosmopolitan Kuala Lumpur apabila dengan penuh yakin merampas kerusi parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya lalu.

Namun beliau yang usianya sama dengan tahun kemerdekaan negara tidak berang menjawab lima soalan panas wartawan ROY RASUL ketika menghadiri jamuan menyambut Ramadan di Pejabat Harakah, 28 Ogos lalu.

1. Dr seorang yang lantang di Parlimen tetapi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-54
di Ipoh, pada 13 hingga 17 Ogos lalu agak kurang menyengat.

Macam mana nak menyengat, saya tidak ada peluang untuk bercakap. Kita (AJK PAS Pusat) di atas sana memang kena mendengar saja. Begitu juga semasa menjawab isu kebajikan, mana hendak menyengat dan tak perlu pun. Yang penting bagi tahu faktanya saja. Saya hanya berpeluang bercakap apabila ada soalan tentang Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

2. Mengapa Dr bagaikan menjauhkan diri dari Dewan Muslimat PAS Pusat sedangkan Dr seorang muslimat?

Pertama, saya bukan lagi AJK Dewan Muslimat. Bukan tak tahu ‘kan … dalam pemilihan tahun lepas saya dijatuhkan daripada Timbalan Ketua Muslimat. Muslimat tidak memerlukan saya lagi.

Pada muktamar lalu, saya diamanahkan menjadi pemerhati (mewakili AJK PAS Pusat) dalam Muktamar Dewan Pemuda yang berjalan serentak dengan Muktamar Dewan Muslimat. Jadi macam mana saya hendak berada di dua tempat pada masa sama.

3. Dr dilihat suka mencelah sewaktu sidang Parlimen dilangsungkan. Adakah Dr benar-benar hendak mengambil bahagian ataupun untuk mendapat publisiti media? Dr juga tidak jemu-jemu membangkitkan isu rokok, adakah isu tersebut hendak ditujukan kepada ahli Parlimen yang merokok?

Mengambil bahagian dalam Parlimen bukan masalah publisiti. Dewan Rakyat bukan sepanjang masa dibuat siaran langsung. Saya juga tidak

pernah terfikir pun untuk mencari publisiti. Jika hendak publisiti bermakna setiap benda kita akan komen. Sedangkan saya hanya memberi pandangan atas isu tertentu.

Isu-isu itu saya kira perlu diberi pandangan contohnya untuk membetulkan fakta wakil BN. Satu lagi untuk tambahkan fakta atau memberi penegasan atau penjelasan daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat. Itu saja.

Tentang isu antimerokok, saya sememangnya sudah lama perjuangkan, sejak saya belum masuk PAS lagi. Saya masih ingat semasa zaman arwah Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor, ketika itu saya berceramah dengannya dan saya hentam orang PAS yang menghisap rokok. Sehingga ada orang datang ke ceramah itu meninggalkan majlis. Mungkin mereka tidak setuju dengan pandangan saya.

Dalam muktamar sebelum ini pun memang saya bangkitkan hal merokok di kalangan orang PAS. Bagi saya orang PAS tidak sepatutnya merokok, malah kalau seseorang itu memakai kopiah putih dan menghisap rokok, ia tidak selari dengan apa yang diperjuangkan parti. Pakai kopiah putih tetapi hisap rokok, apa lagi yang berserban!

Ustaz Fadzil bisik pada saya, jangan keras sangat mengenai hisap rokok. Saya ingat lagi beliau berkata, orang PAS ini sanggup tinggal PAS daripada tinggal rokok. Pada saya jika orang itu sanggup tinggal PAS daripada tinggal rokok, itu sangat beratlah.

Begitu juga di Parlimen. Saya benar-benar terkejut, apabila saya melihat di Parlimen ada orang merokok. Ini seolah-olah ada satu imuniti sehingga bukan saja ahli-ahli Parlimen tetapi kakitangan kerajaan yang datang bertugas dan kakitangan Parlimen bebas merokok.

Parlimen merupakan bangunan kerajaan yang tertakluk di bawah Akta Kawalan Produk Tembakau. Apa lagi ahli Parlimen adalah penggubal undang-undang tersebut sedangkan mereka sendiri tidak mematuhi undang-undang. Ini budaya songsang. Sebab itu saya menyuarakan perkara itu dan saya amat terkejut sebab ahli Parlimen tidak memberi contoh.

Jadi, bagaimana hendak menghapuskan (tabiat) merokok di kalangan rakyat. Berjuta duit kerajaan habis dalam kempen ‘Tak Nak’ tapi dalam masa sama ahli Parlimen menunjukkan contoh yang sangat buruk.

4. Sebelum ini jarang ada ahli Parlimen PAS masuk cafe atau lounge BN di bangunan Parlimen. Tetapi Dr tidak kisah masuk ke situ. Apa yang
menyebab Dr tanpa segan silu masuk ke situ?

Cafe itu adalah untuk ahli Parlimen dan saya juga adalah ahli Parlimen dan tentu saya layak dan tidak ada sebab saya tidak boleh masuk ke situ. Saya tidak tahu pula sebelum ini ahli Parlimen pembangkang tidak masuk ke situ. Bagaimanapun sekarang ini satu kebiasaan, bukan saya seorang. Boleh dikatakan ramai yang masuk ke situ.

Lagipun saya menganggap ahli Parlimen BN adalah rakan kerja. Walaupun mereka dari pihak lain, mereka tetap rakan kerja. Ini kerana kita sebagai penggubal undang-undang, kita memerlukan pandangan dari semua pihak. Jadi apabila berada di Parlimen mereka bertanggungjawab kepada rakyat. Sama ada mereka tunaikan tanggungjawab itu terserah.

Saya kira tidak ada sebab kita harus menjauh diri atau menyisih diri daripada mereka.

5. Dr dilihat banyak bergerak dan begitu aktif dalam aktiviti kemasyaratan. Bagaimanapun gerakan Dr itu banyak berdiri di atas kapasiti sebagai ahli Parlimen, dan bukan atas nama pimpinan PAS.

Saya akui memang dulu saya turun sebagai pimpinan PAS di seluruh negara. Sekarang ini pun bukan tidak ada permintaan untuk berceramah dan sebagainya. Tetapi ikhlas saya beritahu, saya tidak berkemampuan terutamanya dari segi masa.

Pertama, saya sebagai ahli Parlimen Titiwangsa, tidak ada Adun di bawahnya. Saya seorang saja di situ. Saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada 50 ribu pengundi di situ dan lebih 200,000 penduduk di Parlimen Titiwangsa.

Saya tidak ada pembantu. Tetapi ahli Parlimen PAS lain, mereka ada Adun yang membantu mereka. Kadang-kadang ada dua atau tiga Adun yang membantu. Jadi ini menyebabkan saya terpaksa menolak jemputann misalnya daripada parti terutama majlis-majlis parti, ceramah-ceramah dan sebagainya.

Saya amat jarang memenuhi permohonan ceramah. Masa tidak ada. Saya sentiasa terlibat dengan banyak program bersama rakyat di Titiwangsa.

Rakan-rakan di sini pun mengingatkan saya supaya memberi keutamaan kepada kawasan Parlimen.Bukan sengaja saya tinggal, sebenarnya saya suka turun ke seluruh negara jumpa dengan rakyat. Tetapi dalam situasi sekarang, saya tidak mampu.

Dulu dalam satu bulan tidak kurang daripada tiga hingga empat ceramah, tetapi sekarang sangat kurang. Setakat ini, sejak menjadi ahli Parlimen, saya pergi ke majlis ceramah umum kurang daripada 10 kali.

9 Respons

  1. Salam Ramadhan Kareem.
    Tahniah dan Syabas buat Dr. Semoga Allah merahmati Dr dan k’ga. Tugas dan tanggungjawab selaku ahli politik malah selaku seorang pemimpin di dalam jemaah Islam amat berat dan akan dipersoalkan di dunia dan di akhirat nanti. Namun semuanya dah ditentu-Nya.
    Dr dengan penuh kesedaran mencebur diri di dalam iklim politik Malaysia yg beraneka corak ini memerlukan iltizam dan teguhati.
    Beriman, beramal baik, berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran..insyaAllah kita tidak rugi! Teruskan perjuangan dengan mohon restu Allah Azzawajalla.

    ex-stdt KIK71-74

  2. salam…
    tahniah Dr. muga segala usaha murni untuk perjuangan Islam mendapat keredhan dari Allah

  3. Ziarah Yang Berhormat ke Lorong Haji Taib mengesankan lantaran penghayatan maksud amanah atas kebertanggung-jawaban urusan zahir dan batin. Jiwa dan rohani jasad dan pemikiran juga memiliki pengurusan.
    Pembaharuan untuk diberikan nilai penuntutan hak wanita amat perlu dietikakan semula menurut syariat.

  4. syabas Dr Lo’Lo kagum dgn semangat anda..
    semua jawapan adalah bernas..
    teruskan berkhidmat utk rakyat..
    jikalau memerlukan bantuan, sy sedia menjadi sukarela…

  5. Tahniah dan Syabas atas ketegasan dan ketulusan YB response kepada soalan2 tersebut.Ketegasan dan keutamaan tugas YB adalah satu contoh kepimpinan yang perihatin.YB mewakili seluruh golongan rakyat Parlimen Titiwangsa bukan terbatas kepada tugas dalam parti sahaja.Teruskan tugas murni tersebut,kami doakan SUKSES..

  6. Assalamu’alaikaum,

    Disamping kelantangan YB menyentuh isu rokok, amat wajar sekali dilantangkan dan ditegaskas isu ARAK yang nampaknya amat ketara sekali buat masa kini.

    Seperti yang tersedia maklum, ARAK dengan jelas Haram pada syarak.

    Lihat saja pada akhbar-akhbar (Inggeris, cina, tamil) ikalan arak amat ketara dan amat menjijikkan.

    Seperti akhbar ‘edaran percuma’ The Sun, boleh dikatakan terpampang muka penuh dan amat menghina kepada orang Islam.

    PERLU ADA USAHA DARIPADA AHLI-AHLI PARLIMEN ISLAM, TERUTAMANYA PAS, AGAR: SEBAGAI LANGKAH AWAL PENGHARAMAN ARAK DI MALAYSIA, ” DIHARAMKAN TERLEBIH DAHULU SEBARANG BENTUK PENGIKLANAN ARAK MELALUI APA-APA MEDIA DAN KHALAYAK SEKALI PUN ”

    INGAT! ANCAMAN ALLAH KEPADA PEMINUM, PENGELUAR DAN SETIAP INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN ARAK, samaada DOWN STREAM atau UP STREAM…. ALLAHU’ALAM, WASSALAM.

    الله اكبر – والسلام

  7. salam makchek titiwangsa…

    apa yg dikata ustad padhil noor tue btoll la sbb arwah memahami dan seorang lelaki,
    orang laki lebih sanggup tinggal parti dari tinggal rokok..
    sbb keluar parti PAS tidak salah….
    lepas keluar buat kerja amal,ok per??
    dapar merokok gak,hehehee….power tak idea sy nie?
    sy pula lebih sanggup xkawin dari tinggal rokok,hahaha…

    dr. lolo:lagi berat niehh…heheh

    orang PAS xpatut merokok?
    huhuhu….kalau macam tue PAS akan kalah sbb tukang buat kerja biasanya merokok la,makchek xtaw sbb makchek duduk khemah hawa….
    owhh,sy ada tngok video makchek diparlimen yg menegur mamat UMNo sbb merokok diluar parlimen,hahaha…
    lawak la…
    pe2xpun makchek,
    makchek x spower mak sy yg solehah tp masih bersabar dan membela kesemua anaknya yg merokok,lalalala…….
    owhh,nak hentam mereka yg merokok,
    hentam la sebab hentaman makchek nie macam semut sahaja xubah seperti kata2x seorang hamba ALLAh yg lahir dari tempat keluarnya….(sambung sendiri,hehehe)
    lagi best kalau makchek bgtau solution nak berhenti merokok…lalalala~~~

    ps:
    “kita serupa…bezanya aku(lelaki) lurus dan makchek bengkok-diciptakan hawa dari rusuk adam beb,heehehe”

  8. salam, perokok soleh.
    aku ada beberapa benda nak bagitau ko ni.

    1-ko gelabah sebab komen menunjukkan ko ni annoying
    2-ko gelabah sebab ko tak nak terima yang merokok tu membahayakan kesihatan dan merosakkan diri.
    3-ko gelabah sebab ko taknak dengar hentaman orang, tapi, ko nak jadi ustaz yang menghentam orang jugak. (aku tengok blog ko)
    4-ko gelabah sebab ko kaitkan hisap rokok dan laki, ust fadzil noor paham laki. aku laki. aku tak hisap rokok dan aku benci tabiat hisap rokok.
    5-ko gelabah sebab ko belajar agama, tapi tak nak terima yang merosakkan diri itu Allah marah
    6-ko gelabah sebab ko tak nak terima yang merosakkan diri tu haram
    7-ko akan jadi lagi gelabah kalau ko timbulkan hujah merokok makruh. (sebab mulut busuk, kalau sebab merosakkan diri, adalah haram!)
    8-ko gelabah nak salahkan Dr Lolo’ tak bagi solution padahal ko tahu benda tu boleh google je. sama macam ko cari video wonderpet tu la.
    9-ko gelabah sebab ko guna dalil Israeliyyat walaupun ko belajar di Azhar. ko tau tak yang hawa dicipta dari tulang rusuk Adam tu adalah israeliyyat
    10-tapi, aku respek ko sebab ko letak link ko sendiri walaupun komen ko macam tu. (walaupun ko x tunjuk sapa diri ko)

    11-last sekali, jangan malukan golongan ko (ustaz) dengan perangai gelabah macam ni. memang aku tak belajar agama di Azhar macam ko, tapi, aku sebagai muslim tetap ada kapasiti untuk menegur ko. menegur di kala salah, bukan menunjukkan aku ni hebat. aku banyak kurang jugak.

    12-berubahlah, sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang

  9. sy sokong dr. tp sy tgk kebelakangan ini, smua MP Pas msti mcm dh smakin jauh drpd jemaah. dh x cmpr org. mcm dh ikut2 dgn pkr dan dap. kita kene ada stand yg kuat bahawa kita bkn mcm mereka, tp prjuangan kita atas landasan yg sama.

Tinggalkan jawapan