DBKL halang Dr. Lolo bantu rakyat miskin!

Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada 18 September, Pegawai Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh di edarkan kepada pihak luar.

Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.

“Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin turun memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit.”

“Saya dan ahli-ahli Pas telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin serahkan kepada yang layak.” kata Dr. Lo’Lo lagi.

Pada masa ini Dr. Lo’Lo’ terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau bersama ahli-ahli Pas Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang bernasib baik. Dr. Lo’ Lo’ turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan.

Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan bantuan bagi kawasan parlimen itu.

Sebelum ini Menteri Wilayah dan Datuk Bandar telah memberikan jaminan untuk membantu rakyat walaupun di dalam kawasan Parlimen yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, namun akhirnya pembohongan mereka terbongkar.

Bukan sahaja enggan bekerjasama memberikan maklumat, bantuan kewangan juga tidak dihulurkan. Sehingga kini, semua ahli Parlimen Pakatan di Wilayah Persekutuan menggunakan dana sendiri dan bantuan orang ramai bagi menjalankan aktiviti bersama rakyat dalam kawasan masing-masing.

Setakat ini kerjasama DBKL amat terhad dan mereka hanya tertumpu kepada Kawasan Parlimen Setiawangsa.

Rakyat begitu kecewa kerana ahli Parlimen yang dipilih oleh mereka tidak mendapat layanan yang adil dari DBKL, walhal rakyat telah membayar cukai yang banyak kepada DBKL setiap tahun.

Surat Dari Pejabat Dr. Lo’Lo’

 

Surat Dari DBKL

*penulis adalah Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali

6 Respons

  1. Adeh. Sengal btol la DBKL ni. Depa ingat kita nak menderma sambil berdakwah ka? Kalau ya pun, PAS menyebar syiar Islam, bukan berdakyah. Orang2 DBKL pun Islam kan? Kenapa nak halang orang Islam bantu orang Islam atau tidak Islam yang lain? Nampak sangat takut pada bayang2. Dua tiga sengal la..

  2. biarkan saudara muslim mati kebulur, asalkan tangan pemimpin Umno dijilat sehingga basah kuyup..

    kemudian jeritlah, “hidup melayu” sehingga pecah rengkong.

  3. DBKL ni puak laknat.ingat KL ni bapak diorang punya,bangsat betul..hemhhhhhhhhhhh,sorry hot skit ngan DBKL
    apa apa pun, semoga dr lolo tabah hadapi dugaan ini.
    takbirrrrr

    makal sakhti!!!

  4. Alhamdulillah, Dr telah dapat menunujukkan teladan yang sangat baik. Saya mendengar puji2an daripada penduduk di PPR Ampang Hilir tentang pendekatan Dr mendampingi mereka….. teruskan.

  5. bila nak update

  6. salam,
    Apa salah dbkl keluarkan senarai fakir miskin untuk diberi bantuan. senarai fakir miskin pun hak dbkl? orang nak tolongpun tak boleh.itulah apabila dah lebih 50 tahun di bawah umnobn ramai di kalangan kita masih benak.
    kalau mereka sedikit waras tak terfikirkankah semua rakyat membayar cukai untuk mengurus dbkl.kalau ahli umnobn sahaja yang bayar cukai manasabahlah juga. please grow up pagar dawai dbkl.

Tinggalkan jawapan