Hubungi Kami

 
 
Tuan Puan dipelawa mengisikan Reply Form dibawah bagi mengajukan sebarang aduan dengan menyertakan butir-butir maklumat seperti Nama @ Nama Samaran dan No. HP untuk dihubungi.

 

Pihak kami juga boleh dihubungi melalui;

Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat
019-2168557 – En. Herman Samsudeen (Khidmat Nasihat, Program & Parlimen)
019-5250445 – Cik Nurul Faezah Yahaya (Urusan Temujanji & Program)     
019-2153225 – En. Mohd Shahir Abu Hasan (Khidmat Nasihat & Aduan)     

Wakil Zon
013-3915656 – En. Yusoff Yahya (Wakil Di Zon Kg. Baru)                             
019-2106473 – En. Yusop Abd Hamid (Wakil Di Zon Keramat)                    
017-6668450 – En. Abu Hasan Othman (Wakil Di Zon Pandan)                    
019-3322131 – En. Amir Ramli Ahmad (Wakil Di Zon Desa Rejang)  

Wakil Antara Kaum
012-2875231 – En. Ramammorthy A/L Kalimuthu (Wakil Kaum India)
012-9183531 – En. Wong Shen Keong 
 (Wakil Kaum Cina)

Alamat Pejabat;
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa
No.10, Jalan Raja Muda Musa,
50300 Kampong Bharu
Kuala Lumpur
Tel : 03-26980025
Faks : 03-26980026

Lain-lain Pusat ADUAN

Aduan Kepada Agensi Kerajaan Persekutuan:

 Aduan Kepada Kerajaan Negeri :

Aduan Kepada Kerajaan Tempatan :

 Lain-Lain :

 

34 Respons

  1. Assalamualaikum…sy ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan..apakah tindakan Jabatan pengangkuatan jalan pada masa sekarang berkenaan dengan isu kesesakan di bandaraya kuala lumpur…?adakah dengan menggunakan polis trafic pada waktu pagi dan petang akan menyelesaikan masalah memandang jumlah kenderaan semakin meningkat di jalan raya pada setiap hari?adakah dengan cara2 lain yang mungkin dapat digunakan untuk mengelakkan kesesakan tersebut?sy ada banyak cadangan untuk diteliti bagi mengelakkan kesesakan antaranya 1) Membaiki atau membina lebih baik sistem jalan raya atau melebarkan lagi jalan yang sedia ader atau menjadikan lebih banyak lagi jalan sehala di kawasan bandar 2) menetapkan waktu bagi perjalanan kenderaan2 berat seperti lori2 besar atau jentera berat kepada waktu yang kurang pengguna kenderaan kecil seperti waktu malam 3) menghapuskan semua tol yang berada di dalam bandar 4) membuat lebih banyak parking kereta yang bertingkat di dalam bandar 5)membuat lebih banyak jejantas utk pejalan kaki di kawasan bandar.
    Saya harap cadangan sy ini akan dipertimbangkan.Terima kasih.

  2. Salam,
    Saya ingin memohon untuk membuat rayuan utk mendapatkan 1 unit rumah DBKL di PPR Hiliran Ampang.Saya merupakan anak jati kawasan tersebut dan sudah berkeluarga dan mempunyai anak tapi masih menetap bersama kedua ibu bapa saya.Mak saya sakit buah pinggang,nenek saya pun menetap disitu kerana menghidapi sakit jantung.
    saya telah membuat permohonan di menara DBKL tetapi masih belum mendapat jawapan?Diharap dengan bantuan sokongan daripada pihak Dato dapat melicinkan proses permohonan saya.Kami sekeluarga amat terdesak untuk mendapatkan rumah tersebut.

  3. Salam…..
    Saya bekerja di klinik swasta sekitar kl,tapi gaji saya masih dibawah Rm 1000.Dengan kos sara hidup yang tinggi,saya merasa sukar untuk menstabilkan ekonomi keluarga saya.

  4. Askum YB, saya nk ajukan suatu perkara berkenaan penambahan ubahsuaian rumah pangsa bertingkat 5 (Ground Floor) dimana bahagian Koridor depan rumah telah diuabahsuai iaitu di anjak kehadapan sebanyak 2 meter (anggaran) . Saya kurang pasti apakah syarat2 yg dikehendaki oleh DBKL . Secara logiknya ia seolah2 bertentangan dgn prosidur kalau dipandang secara kacamata. Saya berharap pihak YB dpt meminta pihak DBKL pantau dengan seberapa segera. Rumah yang dikatakan tersebut beralamat di 25-00-07 Fasa 3, Bandar Baru Sentul, KL. Saya agak hairan kerana di kawasan tersebut terdapat AJK Persatuan Penduduk yakni Ketua Blok 25 sepatut memainkan peranan. Ia seolah terlepas pandang dan ada sesuatu yg tidak kena. Minta kerjasama pihak YB lakukan sesuatu demi menegakkan keadilan dan takut berlaku salah laku kuasa bagi mana mana pihak.

    Jawapan-Terima kasih atas aduan dan maklumat yang diberi…kawasan tersebut berada dalam parlimen Batu bukan Titiwangsa. Walaubagaimana pun, isu itu akan dipanjangkan kepada Pengurus DBKL Cawangan Titiwangsa dan Bahagian yang berkaitan.

  5. Assalamualaikun YB . sya belia yang tinggal di pasar minggu ingin mengetahu apakah status cerita di pasar minggu. adakah tanah ini kepunyaan PKSN atau sebaliknya. Bagaiman reaksi MB selangor berkaitan tanak milik PKNS ini. diharap YB dapat memberi jawapan berkaitan isu ini. bagaimana pula dengan pembangunan yang telah dicadangkan oleh DBKL

  6. Assalamualaikum YB …

    Sehingga kini saya masih menunggu janji YB untuk menghapuskan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Harap YB dapat kotakan.

    Jawapan-Terima kasih, janji itu akan terlaksana kiranya rakyat berikan sokongan sekurang-kurangnya 2/3 untuk kami kuasai Parlimen. Sekarang masih dipegang oleh BN dan mereka yang pegang dasar itu. Sekarang ini semua ahli parlimen PAKATAN telah membawa isu ini ke parlimen, tetapi pihak Kerajaan BN masih enggan melaksanakanya, cuma mereka bercadangan untuk kurangkan faedah.

    Bantulah kami untuk pastikan kemenangan 2/3 diparlimen kelak. Berdoalah

  7. Assalamualaikum YB.
    Saya merupakan anak jati Kg Pandan dan menetap bersama keluarga hampir 30 tahun. Saya keliru dengan Draf DBKL 2020 yg diuar-uarkan oleh DBKL baru-baru ini. Kampung Pandan ditandakan sebagai R3. Mengikut pemahaman saya, mengikut Zon Guna Tanah, hanya dibenarkan kuartes pekerja dan kediaman berbilang unit. Saya memohon jasa baik YB untuk mendapatkan maklumat bagi status bagi kediaman satu unit yg tidak dibenarkan mengikut panduan Zon Guna Tanah ini. Apakah yang akan terjadi kepada penduduk-penduduk Kg Pandan yg rata-ratanya mempunyai kediaman satu unit?

    Jawapan – Dalam draf DBKL 2020 memang itu yang dinyatakan. Berbilang unit itu bermaksud, pengunaan tanah itu akan dimaksimumkan dari satu unit kepada penambahan lebih banyak lagi. Cara yang digunakan adalah dengan merobohkan unit sedia ada dan mendirikan bangunan bertingkat-Flat atau apartment. Kalau tanah itu milik Kerajaan maka terpulang kepada pihak DBKL atau Agensi Kerajaan yang menguruskannya.

    Kalau tuan tidak bersetuju boleh kemukakan bantahan atau cadangan lain pada DBKL.

  8. Assalamualaikum YB
    Kini saya memahami tentang maksud kediaman berbilang unit. Soalan saya yg seterusnya ialah apakah yg akan terjadi kepada penduduk – penduduk Kg Pandan yg tidak mampu untuk membangunkan kediaman mereka menjadi bangunan bertingkat seperti flat atau kondiminium? Adakah kami dihalau atau tiada tindakan yg diambil? Tambahan pula dengan kalau tanah itu leasehold 99 tahun? Atau YB mencadangkan kepada kami untuk mengkomersialkan tanah kami?

  9. Assalamualaikum YB,
    Saya sbg warga Parlimen Titiwangsa ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas usaha2 dan tindakan segera YB dalam menangani isu tapak baru Pasar Dato’ Keramat yang telah lama terbengkalai. Nampaknya usaha YB berhasil. Tahniah sekali lagi.
    Tetapi ada beberapa projek yang telah lama terbengkalai serta masih belum nmpk apa2 tanda kemajuan seperti Taman Rekreasi & Tasik Dato’ Keramat dan juga Dewan Serbaguna Dato’ Keramat. Apakah masalah2 yg menyebabkan projek2 tersebut tidak dpt diteruskan?
    Kemudahan2 seperti ini sepatutnya dipercepatkan bagi memberi keselesaaan kepada warga Parlimen Titiwangsa khususnya penduduk Dato’ Keramat
    Diharap YB dapat mengambil tindakan segera

    Jawapan – Perkara ini telah dibangkitkan dalam persidangan meja bulat bersama Menteri Wilayah & DBKL, selain itu isu ini juga sudah dibawa ke parlimen. Setakat ini DBKL telah menjalankan penilaian semula budget bagi projek berkenaan kerana Kontraktor sebelum ini gagal meneruskannya. Kami akan terus mendesak pihak kementerian dan DBKL menyelesaikan projek berkenaan. TQ

  10. Assalamualaikum YB…saya ingin mendapatkan kepastian bagi proses-proses mengecat semula blok-blok perumahan di Desa Pandan terutama blok-blok yang terlalu usang warnanya seperti di Blok F3 hingga F4? sejak perumahan Desa Pandan dibangunkan pada tahun 1988, tidak pernah sama sekali mana2 pihak yg bertanggungjawab membuat pemerhatian kpd perkara ini.
    Jikalau YB membuat tinjauan, lihatlah sendiri betapa hodohnya pemandangan ini jika pelancong dari luar berkunjung ke tempat kami.
    Tambahan pula kawasan Desa Pandan merupakan kawasan yang agak dikenali dengan pembangunan yang semakin pesat membangun. Saya amat berharap YB dapat memberi respon yg sewajarnya agar keindahan dan pemandangan di kawasan Desa Pandan diserikan semula memandangkan sebelum ini tiada wakil-wakil bahagian/rakyat yang megendahkan permasalahan ini.
    Di harap agar YB dpt meneruskan tugasan sebagai wakil kami dgn berkaliber..Terima Kasih.

    Jawapan – Terima kasih. Perkara ini akan dibawa kepada pengetahuan pihak pengurusan yang berkaitan.

  11. salam, saya, asrol, webmaster / blogger dari kelatekito.com
    saya dah link web http://drlolo.wordpress.com/ di kelatekito.com
    mintak tolong listkan alamat web kelatekito.com di http://drlolo.wordpress.com/
    terima kasih
    wassalam
    selamat berpuasa

    Jawapan-Terima kasih.

  12. Assalamualaikum

    Dengan sukacitanya, saya ingin memaklumkan kepada tuan/puan yang inginkan keberkatan dalam hidup.

    RAYUAN DERMA TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3,
    TANAH MERAH, KELANTAN.

    “Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru, Manal 3, Tanah Merah”
    (Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tanah Merah, Kelantan,
    No akaun : 03-054-01-002190-3 )

    Derma Tuan/Puan AMAT DIALU-ALUKAN bagi memastikan kelancaran pembinaan masjid ini.
    Terima kasih. Semoga allah memberkati mereka yang berjuang di jalannya

    JUMLAH YANG INGIN DIKUMPULKAN : RM250,000.00 (FASA 1 DARI 5 )

    Untuk Maklumat Lanjut, SILA LAYARI : http://www.masjidtokguru.blogspot.com/

    Sila sebarkan email ini kepada semua.mereka yang ada blog/laman web digallkan letakkan logo dema di atas di laman web/blog mereka.
    Wassalam

    http://WWW.KELATEKITO.COM
    Asrol Affandi – http://www.kelatekito.com
    professional webmaster / blogger

  13. salam kepada dr lo lo,
    saya pelajar dari new era college.
    kami sedang membuat satu dokumentari tentang flat pekeliling atau dikenali taman perumahan TUNKU ABDUL RAHMAN.
    Adakah dr sudi menerima temu ramah kami?
    kami berharap dapat membuat temu ramah secepat mungking sebelum 25/10.

    kerjasama dr amat dihargai.
    terima kasih

  14. salam kepada dr lo lo,
    saya sudah menerima cara menghubungi dr lo lo.
    tetapi minta maaf kerana email yang dikirim kepada saya tersilap padam.
    diharap dr lo lo dapat mengirim sekali lagi cara menghunbungi datuk

    terima kasih atas kesabaran datuk
    salam

  15. salam kepada dr lo lo,
    saya sudah menerima cara menghubungi dr lo lo.
    tetapi minta maaf kerana email yang dikirim kepada saya tersilap padam.
    diharap dr lo lo dapat mengirim sekali lagi cara menghunbungi datuk secepat mungkin.

    terima kasih atas kesabaran datuk
    salam

  16. salam kepada dr lo lo,
    saya sudah menerima cara menghubungi dr lo lo.
    tetapi minta maaf kerana email yang dikirim kepada saya tersilap padam.
    diharap dr lo lo dapat mengirim sekali lagi cara menghunbungi datuk secepat mungkin.
    diharap dapat diterima sebelum rabu(29/10)kerana dokumentari kami hendak siap pada rabu。

    terima kasih atas kesabaran datuk
    salam

  17. Askum YB,
    Memohon agar Unit Teks Kawalan Al-Quran JAKIM dihapuskan.
    Sebagai seorang Islam yang baik tentunya sayapun memahami alqur’an serta kandungannya, tapi mengapa KDN terlalu ketat dalam mengawasi peniaga-peniaga buku di kuala lumpur ini, sedangkan maksiat meraja lela dan bertambah banyak tempat-tempat maksiat di kuala lumpur ini di biarkan begitu sahaja di mana peranan daripada jabatan agama Islam dalam menanggani masalah ini, sedangkan kami sebagai media dakwah melalui buku-buku Islam serta yang lainnya berkaitan dengan keIslaman menjadi mangsa setiap tahun. tapi kamipun tahu mengenai penyiaran syiar Islam berada dalam jalur yang benar sesuai Alquran dan sunnah sehingga masyarakat tidak tersesat.Ya allah kau hapuskan kerajaan melayu iblis ini kalu perlu kau hapuskan kerajaan melayu setan ini ya allah kalu mereka masih sombong dan bongkak mengangu kerharmonian islam ini aminnn

  18. Assalamualaikum Dr Lolo, berikut adalah aduan yang pernah saya kemukakan kepada pihak Kementerian melalui ruangan warkah untuk PM tetapi tidak mendapat jawapan yang memuaskan. Untuk itu, saya memohon agar pihak Dr dapat meneliti apakah salah atau tidak aduan yang saya kemukakan ini, dan relevan atau tidak dengan permasalahan yang berlaku :

    ————————————————————-

    Aduan saya :

    Tujuan pinjaman MARA atau Majlis Amanah Rakyat ditubuhkan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa sepertimana yang tercatat di dalam laman web bahagian penganjuran pelajaran MARA. Tetapi mengapa dengan mudah sekali pelajar-pelajar lepasan diploma daripada kolej yang ditaja MARA mendapat tajaan pinjaman semula pada peringkat Ijazah pertama di IPTA sedangkan pelajar-pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, IPTA, Politeknik serta IPTS lain tidak diberikan peluang tersebut pada peringkat Ijazah Pertama di IPTA tempatan? Adalah tidak adil untuk membeza-bezakan pelajar hanya kerana mereka bukannya lepasan dari kolej tajaan MARA sendiri dan tawaran pula hanya akan diberikan pada peringkat sarjana sahaja. Apa yang dikesalkan lagi, pelajar yang tidak berkelayakan dan berkemampuan juga mendapat tajaan pinjaman ini tanpa perlu bersaing dengan pelajar yang lebih berkelayakan dan lebih cemerlang. Diharap Yang Berhormat dapat memberikan penjelasan, memantau, membantu, dan juga membuat perubahan kepada keadaan ini agar bantuan kepada pelajar Bumiputera dapat diberikan sama adil dan sama rata dan bukannya kepada golongan tertentu sahaja. Sekian, terima kasih.

    ———————————————————————-

    Berikut adalah jawapan daripada pihak MARA :

    Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada aduan emel di atas. MARA menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian separuh dan sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Tawaran ini adalah tertakluk kepada kursus-kursus yang diluluskan oleh pihak MARA. Bagi pengajian Diploma dan Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pula, tawaran tajaan disediakan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Penyelarasan tajaan di IPTA dan IPTS ini telah dibuat antara pihak MARA dan PTPTN bagi membolehkan lebih ramai menikmati faedah tersebut. Sekian, terima kasih.

    Afniza Abu Bakar
    Penolong Pengarah Bhg. Hal Ehwal Korporat MARA
    b.p. Ketua Pengarah MARA

    ————————————————————————-

    Berikut adalah e-mail balasan yang saya kemukakan tetapi sehingga sekarang tidak mendapat balasan :

    Merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh pihak tuan/puan, saya amat tidak berpuas hati dengan maklumbalas tersebut.
    Ini adalah kerana mengikut maklumat yang saya perolehi baru-baru ini, terdapat pelajar lulusan Kolej Profesional MARA yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA telah ditawarkan pinjaman boleh ubah tersebut sekali lagi. Malah mereka ini telah dihubungi sendiri oleh pihak MARA yang memaklumkan mengenai kelulusan penyambungan pinjaman ini dan apa yang lebih menarik, mereka telah pun menyerahkan dokumen-dokumen pengesahan pada bulan lepas yang diterima oleh pihak MARA sendiri. Saya pasti bahawa pihak tuan/puan yang merupakan agensi yang bertanggungjawab sepatutnya adalah lebih arif, maklum dan peka mengenai perkara ini berbanding orang awam seperti saya.
    Untuk itu, saya memohon penjelasan yang lebih terperinci dan benar daripada pihak tuan/puan mengenai perkara ini agar anak-anak Bumiputera yang bukan merupakan lulusan Kolej Profesional MARA tidak terasa teraniaya dan di”anak” tiri oleh agensi yang sepatutnya membantu keseluruhan masyarakat Bumiputera secara amnya dan bukannya khusus kepada golongan tertentu.
    Jawapan yang jujur dan ikhlas dari pihak yang bertanggungjawab amatlah diperlukan.
    Amanat :
    “Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan” . Buktikan .
    Sekian, terima kasih

    ———————————————————————————————————–

    Untuk pengetahuan Dr Lolo juga, permohonan pelajar-pelajar dari tajaan kolej MARA ini telah diluluskan pada tahun ini meskipun pihak MARA mengatakan bahawa pelajar ijazah IPTA tidak terlibat dengan pinjaman ini. Jadi, apakah ini adil kepada pelajar-pelajar Bumiputera lain yang sepatutnya mendapat kemudahan pinjaman ini juga? Diharap pihak Dr dapat membawa perkara ini ke atas dan memberi peringatan kepada MARA supaya berfungsi sebagai satu badan yang mewakili kepentingan semua dan bukannya menjaga kepentingan sesetengah golongan sahaja yang terpilih dari awal lagi dan menganggap semua perkara adalah mudah dan kerja mereka sudah selesai dengan memberikan pinjaman tertentu kepada orang tertentu. Saya juga berharap agar pihak Dr dapat bertindak ke atas aduan ini dan tidak sepertimana seorang ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari kawasan saya yang sehingga sekarang mendiamkan diri meskipun aduan telah dibuat. Mengecewakan. Maka, kini saya memohon kepada pihak Dr untuk membawa perkara ini kepada pihak yang sepatutnya kerana saya tidak pasti kepada siapa lagi yang sepatutnya saya percaya dan membuat aduan yang merupakan kepentingan umum dan bukan berkepentingan peribadi atau politik.

    Sekian, terima kasih

    Assalamualaikum.

    Jawapan – Terima kasih sdr. wahid. Kami difahamkan bahawa Mara memang ada memperuntukkan pinjaman bagi pelajar-pelajar di IPTA juga, tetapi jumlahnya agak terhad kerana sektor IPTA adalah dibawah kelolaan PTPTN. Oleh itu, kebanyakkan pinjaman yang dikeluarkan adalah untuk pelajar-pelajar yang cemerlang yang pernah ditaja oleh mara ketika diperingkat IPTS. Tetapi tidak semua pelajar itu mendapat pembiayaan semula, hanya segelintir sahaja. Trek rekod mereka semasa belajar di IPTS menjadi kayu pengukur untuk mara menawarkan pembiayaan tambahan.

    Bagi pelajar lain yang baru memohon diperingkat IPTA memang agak sukar bg mendapatkan pembiayaan ini kerana pinjaman bg sektor IPTA diuruskan sepenuhnya oleh PTPTN. Kedua, pelajar-pelajar baru ini belum mempunyai trek rekod dan pihak Mara tidak mahu mengambil risiko untuk membuat pembiayaan disektor IPTA kepada pelajar baru yang hanya bergantung pada keputusan STPM dan SPM.

    Belajar di IPTA atau IPTS tidak sama dengan belajar di Sekolah kerana bidang pengajian di IPT lebih tertumpu sedangkan disekolah masih lagi terbuka dan bercampur silibus.

    Sebelum wujudnya PTPTN memang mara menawar pinjaman secara terbuka untuk semua pelajar cemerlang disekolah, namun trek rekod pengajian yang ditunjukkan di Universiti tidak sama seperti disekolah dan ada juga segelintir pelajar ini yang enggan membuat pembayaran semula selepas tamat belajar.

    Perkara-perkara sebegini menjadi halangan dan menyebabkan pemilihan peminjam dihadkan. Memang ada pelajar lain yang diberikan tetapi kebiasaanya mereka akan diterima selepas semester ketiga ke atas, iaitu selepas mereka membuktikan bahawa mereka juga layak dan boleh menamatkan pengajian dengan cemerlang.

    Sememangnya pelang ada, tetapi pemilihan terpaksa dibuat kerana dana yang terhad.

    Untuk jawapan lain mungkin boleh dirujuk pada Mara. Kami memahami kesukaran tuan, tetapi kita juga kena faham akan situasi berkenaan. Dalam masa yang sama, kami juga akan terus memantau agar pemilihan dibuat tidak berdasarkan unsur pilih kasih atau melibatkan kepentingan dalaman mara.

    Jika ada maklumat penyelewengan yang jelas bersama bukti, tuan boleh ajukkan pada kami agar tiada amalan penyalahgunaan kuasa.

  19. Berhubung dengan perkara dia atas, sekiranya mereka yang berkelulusan STPM dan SPM dipersoalkan, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar daripada lulusan diploma IPTA, IPTS, universiti luar negara, Politeknik, Kolej Komuniti, dan sebagainya yang secara terang-terang telah terbukti bahawa mereka ini telah pun lulus, mempunyai rekod tersendiri dan mempunyai diploma masing-masing. Apakah bezanya dengan diploma daripada kolej yang ditaja oleh MARA sendiri. Mengapa pula keistimewaan boleh diberikan kepada bekas-bekas pelajar kolej MARA sedangkan pinjaman itu adalah duit rakyat dan bukannya dana yang dicari sendiri oleh pihak MARA. Cukuplah semasa di peringkat diploma, mengapa pula sehingga ke peringkat ijazah pula?

    Ingin saya nyatakan sekali lagi, setelah saya membuat siasatan dan pemantauan sendiri ke atas beberapa pelajar baru-baru ini, tidak ada kayu pengukur yang digunapakai oleh MARA dalam pemberian pinjaman boleh ubah ini. Mereka yang mendapat CGPA di bawah 2.8 semasa diploma juga layak memohon dan telah diluluskan baru-baru ini. Asalkan semasa di peringkat diploma mereka mendapat pinjaman MARA, pastinya mereka dapat menyambung pinjaman itu semula. Pihak YB mungkin boleh menyiasat perkara ini kerana ia memang sedang berlaku.

    Pinjaman boleh ubah ini daripada pihak MARA ini adalah sangat berbeza dengan pinjaman yang disediakan oleh pihak PTPTN di mana pada sesetengah peringkat CGPA, pelajar hanya perlu membayar sebahagian sahaja dan pada CGPA yang lebih baik, berkemungkinan ia akan ditukar kepada biasasiswa pula. Manakala bagi pihak PTPTN pula, tidak ada pengecualian pembayaran dan pelajar dikenakan charge 1%. Adalah sebab itu, perkara ini dipertikaikan.

    Di samping itu, saya mungkin bersetuju sekiranya pinjaman boleh ubah ini diberikan kepada pelajar-pelajar diploma ataupun ijazah yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTS anjuran pihak MARA pada ketika ini. Tetapi adalah tidak bersetuju sekiranya ia tetap diteruskan kepada bekas-bekas pelajar kolej tajaan MARA di mana seperti yang pihak YB sedia maklum, mereka ini diberikan pinjaman semasa di peringkat diploma dahulu adalah kerana untuk mengurangkan beban yuran pembelajaran mereka yang mahal sepertimana di IPTS-IPTS di seluruh negara. Pelajar kolej ini juga bukannya terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang dan segelintirnya gagal ke IPTA kerana proses kemasukannya adalah begitu senang sekali, sekadar hanya memenuhi syarat maka mereka akan diambil terima. Tidak sepertimana mereka yang ke IPTA di mana perlu bersaing sesama sendiri dan hanya yang cemerlang dan aktif sahaja terpilih. Maka, mengapa mereka diberi keistimewaan melebihi pelajar-pelajar lain yang juga mempunyai diploma yang sama? Kunci yang ingin saya nyatakan di sini adalah apakah dana pendidikan MARA disediakan oleh pihak MARA sendiri atau hasil cukai rakyat? Sekiranya pihak MARA dapat memberikan kemudahan pinjaman ini kepada pelajar-pelajar di bawah kolej anjurannya, pelajar-pelajar pada masa kini tidak perlulah belajar di IPTA lagi, hanya perlu mendapat gred yang minimum, tidak perlu membuat pinjaman PTPTN untuk membayar kos sara hidup, dapatkan CGPA 3.5 dan pinjaman bertukar menjadi biasiswa. Selain itu, diploma pula adalah kerjasama dengan IPTA dan tidak ada bezanya dengan pelajar IPTA tersebut. Kemasukan ke peringkat ijazah pula dikira sama. Begitu mudah sekali kan?

    Sebagai orang awam, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan ketidakpuasan hati saya berhubung perkara ini setelah membuat siasatan sendiri. Adalah tidak adil apabila dana terhad yang sepatutnya diagih-agihkan kepada yang berhak diberikan sesuka hati asalkan memenuhi kriteria pinjaman ini telah diberikan kepada bumiputera. Sekiranya mereka ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendapat CGPA 3.5 ke atas, pastinya saya juga akan bersetuju, tetapi sekiranya kurang daripada itu, tidak sepatutnya mereka ini mendapat keistimewaan tersebut sekali lagi. Cukuplah sekali, dan berikan kepada mereka yang lebih layak.

    Walaubagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak YB kerana begitu pantas menjawab aduan yang saya kemukakan ini dan tidak sepertimana ahli-ahli YB lain yang hilang setelah pilihan raya baru-baru ini.

    Terima kasih

  20. Mohon Dr Lolo dapat memberikan cadangan kepada kabinet agar mewajibkan restoran nasi kandar lebih-lebih di Selangor memaparkan tanda harga makanan dengan lebih jelas, mudah dilihat dan dipamerkan berhampiran dengan kaunter meletak makanan. Ini kerana harga-harga seperti ayam goreng melebihi RM 3.70 bagi sesetengah restoran dan nasi putih dicampur dengan pelbagai kuah kosong dikira RM 4.50 minimum. Meskipun terdapat papan tanda di sesetengah restoran ini tetapi tulisannya amatlah tidak jelas, kecil, dan kedudukan yang tinggi. Bagi yang menyertakan sekali dengan menu di meja-meja, adalah amat pelik apabila hanya harga makanan bergoreng, sup, air minuman, dan sebagainya dipaparkan manakala harga bagi setiap ayam, sotong, sayur-sayuran, dan sebagainya yang melibatkan nasi kandar tidak dipaparkan atas alasan harganya sentiasa berubah dan terpulang kepada pekerja yang menguruskan kaunter tersebut untuk memberikan harga.

    Kerjasama YB amatlah diharapkan, sekian terima kasih

  21. Assalamualaikum Dr Lo’ Lo’, harap dapat meluangkan masa melihat laman web di http://www.worldvision.com.my/goh/order.php?id=200012 . Agak memalukan sehingga sesetengah pelajar di negeri Sarawak memerlukan bantuan daripada World Vision dan bukannya bantuan daripada kerajaan negeri atau pusat.

  22. Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    Dengan Sukacitanya Dijemput hadir ke Konvensyen Blogger Network Malaysia Kali 1

    Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia akan di adakan di Pasir Puteh
    Kelantan pada 10 dan 11 Januari, 2009. Semua individu / bloggers tidak kira
    agama, bangsa, parti atau ideologi dijemput hadir…

    Diutamakan kepada mereka yang mempunyai kegemaran untuk menambahkan
    lagi kenalan, rakan dan taulan serta berminat untuk bersatu dibawah
    satu bumbung..

    Juga Dijemput hadir : aktivis sosial & politik, wartawan, professional. ADUN, wakil-wakil ADUN, ahli parlimen, wakil-wakil ahli parlimen,ahli-ahli perniagaan, ustaz dan ustazah.

    Tarikh : 10 dan 11 Januari 2009 (Sabtu dan Ahad)
    Lokasi : Pasir Puteh, Kelantan.

    Sila hubungi : mohd asrol affandi
    Telefon : 019-9926205

    Email: asrol.affandi@gmail.com atau go-perak@rentaprevolusi.com

    Sila daftar Online di http://go-perak.rentaprevolusi.com/formkonv09.php

    Penginapan adalah di hotel budget – Bayar sendiri (Kami akan tolong booking)
    Kos makan minum – Bayar sendiri

    Tarikh Tutup Pendaftaran : 25/12/2008

    TEMPAT TERHAD / BLOGGER AKAN DITAPIS
    INI ADALAH PERJUMPAAN SANTAI BLOGGER

    Maklumat Lanjut :

    http://www.perakexpress.com

    http://www.kelatekito.com/malaysia

    http://go-perak.rentaprevolusi.com/

    SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI DARI MASA KE SEMASA.

    Terima Kasih.

    Asrol Affandi
    Sekretariat Blogger Network Malaysia -
    BloggerNetwork@Kelantan
    hp:019-9926205

  23. Asslamualaikum.Kebelakangan ini banyak masalah yang melibatkan kejadian tanah runtuh di negara kita.Bagi mengelakkan kejadian ini berulang lagi,amat wajar pihak kerajaan menguatkuasakan Akta Geologi bagi mengelak berlakunya kejadian ini.Akta ini telah di bawa ke parlimen tetapi masih belum diluluskan.Pihak kerajaan seharusnya memandang serius terhadap Akta ini kerana dalam masalah ini bukan hanya melibatkan jurutera awam malahan ahli geologi sendiri yang pakar dalam bidang ini dapat membantu memberi kepakaran bagi mengelakkan kejadian daripada berulang.Harap Yang Berhormat dapat menyuarakan pendapat ini di dalam parlimen agar membuka mata kerajaan yang hanya mementingkan wang daripada nyawa rakyat sendiri.
    Terima kasih.

  24. aslkum puan , saya memohon jasa baik puan agar dapat meziarah kami . Saya yang sedang menjalani dialisis di HKL . Sebagaimana pengetahuan puan sejak kebelakangan ini kami kami pesakit2 dialisis dikenakan bayaran RM2/- setiap kali menjalani rawatan dialisis , ada dikalangan kami yang berpendapatan rendah sebulan kami terpaksa menyediakan wang sebanyak RM24/- untuk bayaran tempat letak kereta dah pulak tu kami tidak ada tempat letak kereta khas untuk pesakit kronik . Kadang kadang lebih kurang 20-30 minit menunggu tempat letak kereta , untuk pengetahuan pun perniagaan tempat letak kereta bukan perniagaan yang busuk atau rosak , kereta yang keluar masuk tidak putus putus kerana ia beroperasi 24 jam . Sebenarnya banyak perkara yang nak saya luahkan. cukuplah hanya ini saja………(kalau ada peluang kita boleh berbincang)Saya berharap Puan dapat mempertimbangkan masalah kami ini (saya dan kawan kawan berharap keperihatinan Puan )

  25. YB,
    Kami, pemilik 8 unit kedai termasuk Esso telah menerima surat dai DBKL untuk membeli kedai kami dengan tujuan untuk membuat parking. Didalam pertemuan dengan pihak DBKL pada 29/01/09 kami telah menyatakan tidak mahu menjual kedai kami dan kami merasa dukacita kerana pihak DBKL lebih mengutamakan parking seperti yg diminta olih Persatuan Pejaja Pasar Datuk Keramat yang tealah memberi katadua kpd DBKL yang mana mereka tidak akan berpindah jika pihak DBKL membeli atau memindahkan kedai kami. Kami mohon YB campurtangan dlm hal ini kerana kedai kedai tersebut adalah punca pendapatan kami dan merupakan kawasan rezab melayu. Pihak DBKL patut memikirkan alternative lain untuk parking tambahan seperti ditanah kerajan atau diatas tebing sungai. Pihak DBKL tidak menyatakan harga belian sebaliknya mengarahkan pemilik memberikan sebab-sebab kenapa tidak mahu jual dalam masa 3 minggu. Pihak DBKL juga ada memberitahu jika urusan pembelian ini gagal mereka akan menggunakan akta pengambilan tanah. Janganlah membazir duit rakyat hanya sekadar untuk menyediakan lebihkurang 20 tapak parking.

    Terima Kasih.

  26. mohon dibawa ke parlimen, 1)barang kawalan ditambah terutama untuk barang makanan dan sistem kuota 60-40 terhadap syarikat pengeluar. 60 untuk susu pekat manis, 40 untuk krimer manis. susu pekat manis tidak terdapat dipasaran kerana harganya dikawal tetapi rasanya lebih enak dan mesra dengan sistem pencernaan(kurang masam nisbah krimer manis). harga krimer manis mungkin tidak dikawal. 2)menetapkan satu kawasan lapang/rekreasi/lparking yang sesuai mengikut jumlah penduduk supaya tidak terlalu padat dan ada kawasan untuk aktiviti seperti perkahwinan. contohnya kawasan desa tasik, sg besi sudah terlalu padat untuk dibina rumah. kawasan yang masih kosong pun dalam rancangan pembinaan flat. mohon supaya dibatalkan rancangan ini kerana sudah terlalu padat.3)memohon proton mengeluarkan model saga lama/iswara yang sudah mantap kualitinya dengan harga sekitar rm15-20 ribu serta model dengan enjin yang lebih besar (1.5-2.0l) lengkap dengan sistem pembakaran gas asli(ngv). 3)gesa petronas perbanyak dan percepat meyiapkan stesen ngv terutama di kawasan laluan paip gas nasional dan setiap 200km perjalanan lebuhraya. 4)kenderaan awam baru diwajibkan kerajaan dilengkapi sistem gas asli supaya lebih murah dan bersih apabila kemudahan stesen ngv telah berkembang. 5)kerajaan perlu ambil alih menyiapkan dgn segera projek Plaza Rakyat berhampiran puduraya yang tergendala supaya kawasan terminal lebih luas dan sistematik dilengkapi arrival/departure skrin agar dapat mengelakkan kesesakan jalan bukannya memindahkan stesen bas ke tempat lain. 6)segera siapkan keretapi elektrik berkembar ke ipoh supaya berfungsi yang tinggal 5% lagi dan gerabak telah dibeli dan boleh digunakan secepat mungkin, bukannya prioriti kepada siapkan landasan di kawasan lain

  27. 7) minta dimansuhkan bayaran ‘loading’ insurans yang terlalu mahal untuk kenderaan lama (lebih 15 tahun) kerana majoriti pengguna kenderaan lama tidak mampu membeli kenderaan baru tetapi mengutamakan penyenggaraan. tidak semestinya kenderaan lama mudah mengalami kemalangan kerana lazimnya dipandu dengan gaya pemanduan yang lebih berhati-hati dan jarak perjalanan yang dekat.

  28. ADUAN BEKAS PEKERJA PUSPAKOM YANG DIPECAT SERTA-MERTA TANPA SEBAB MUNASAH DAN DITINDAS MAJIKAN.PUSPAKOM BUKAN TEMPAT PEMERIKSAAN YANG BAIK.

    PERBEZAAN GAJI ANTARA PUSPAKOM DENGAN KERAJAAN DAN JUGA KILANG.

    KERAJAAN PUSPAKOM
    1.GAJI POKOK 1.GAJI POKOK
    2.ELAUN KHIDMAT AWAN 2.TIADA
    3.COLA 3.TIADA
    4.ELAUN SEWA RUMAH 4.TIADA
    5.ELAUN KRITIKAL 5.TIADA
    6.PINJAMAN PERUMAHAN 6.TIADA
    7.PINJAMAN KENDERAAN 7.TIADA

    *PEKERJA KILANG PUN BANYAK ELAUN YANG DIPEROLEHI

    1.Cuba Tan Sri,Datuk Seri,Yang berhormat,Tuan-Puan renung keadaan ini fikirkan keadaan sekiranya anda semua berada di tempat dan situasi di puspakom.

    2.Dahulu kami tidak berapa terasa dengan keadaan ini dan mengangap hanya setakat ini rezeki yang Tuhan tentukankan kepada kami kerana pada masa itu syarikat sentiasa mengalami kerugian dan kami amat memahami keadaan tersebut.tetapi apabila syarikat telah mendapatkeuntungan yang banyak keadaan menjadi sebaliknya.Beban kerja bertambah,gaji masih ditakuk lama,kebajikan pekerja tiada,kami ditindas,dipersalahkan sentiasa diugut dan tidak pernah dihargai.pihat syarikat menganggap kami macam sampah.inikah balasan atas kesetian kami selama ini.

    3.Kelemahan dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan tukar milik.

    a)Alat-alat yang digunakan untuk pemeriksaan ini sungguh canggih dan termoden di dunia.Alat-alat tersebut ialah scriper(camca beger),pemutar skru,kertas pasir,lampu suluh,cermin bedak dan dua biji anak mata yang dikuniakan ALLAH.Inilah alatan canggih yang dibanggakan oleh puspakom.Untuk makluman semua peralatan ini selain mata dibeli sendiri oleh pekerja.

    b)Pemeriksa tidak pernah diberikan khusus secara profesional seperti lawatan-lawatan ke kilang pemasangan kenderaan,pusat-pusat pembaikan kenderaan kemalangan yanag ternama ataupun kedai yang berada di bawah pokok ceri.Semua kena belajar sendiri.

    c)Jumlah kenderaan tukar milik yanag diperiksa setiap haro mencecah hingga puluhan malahan ratusan buah kenderaan dan kedatangan kenderaan sentiasa berubah setiap hari.Jumlah pekerja tetap sama.Pihak syarikat telah menetapkan masa untuk sesebuah kenderaan diperiksa dan setiap kenderaan hendaklah dilakukan secara cepat.Semua orang tahu jikalau kita hendak kualiti yang bagus kita terpaksa korbankan kuantiti kenderaan dan jikalau kita hendakkan kuantiti yang banyak kualiti akan terkorban.

    d)Pihak syrikat tidak pernah memikirkan hal ini dan memilih supaya pekerja mempercepatkan pemeriksaan supaya mendapat jumlah kenderaan yanag banyak walaupun mengabaikan kualiti.Ini kerana untuk mendapat keuntungan.

    e)Jikalau tedapat kes kenderaan potong-sambung terlepas dari center A ke center B kes begini dianggap double standard.Pemeriksa kenderaan dari center A telah dianggap melakukan kesalahan yang besar dan boleh merugikan syarikat.Hukumannya pekerja tersebut dipaksa untuk membayar kerugian tersebut atas kecuaian dan pekerja tersebut dianggap seorang yang tidak berINTEGRITI.

    *Cuba tuan-tuan fikir-fikirkan dengan peralatan yanag disebut di atas dan dengan had masa yanag diberikan tanpa peralatan yang canggij seperti x-ray machine yanag digunakan oleh pihak kastam.Patutkah hukuman tersebut dikenakan ke atas pekerja tersebut yang telah berbakti kepada syarikat selama ini.

    f)Bayangkan berapa kerata potong sambung,no enjin dan no casis telah dipalsukan terlepas akibat masalah ini.Sungguh bagus dan pandainya pihak syarikat menguruskan hal ini..Yang penting duit masuk dan jikalau ada masalah yang timbul di belakang hari sudah pasti asa orang yang akan dipersalahkan iaitu pemeriksaan kenderaan.Sungguh adil pihak syarikat dan sungguh berkat duit yang syarikat dapat dari penganiayaan terhadap pekerja sendiri dan para pelanggan.

    g)Sedarlah sedikit teknologi semakin maju wahai orang atasan.diluar puspakom para penipu-penipu semuanya berpelajaran tinggi.Mereka semua telah menggunakan peralatan yang canggih dalam industi sambung kereta,pemalsuan nombor chasis dan no enjin.Tetapi kita masih menggunakan peralatan yang disebutkan tadi.

    h)Dalam masalah ini kami pekerja puspakom tidak mahu lagi dijadikan hamba syarikat dengan menganiaya diri kami sendiri dan para pelanggan puspakom dengan menipu dengan menipu mereka dengan cara terhormat.ADAKAH INI YANG DIKATAKAN HASIL BERKAT.

    4.Hak cuti pekerja telah dicabul oleh syarikat.

    a)Kebiasaannya lebih lama seseorang pekerja berkhimat disebuah syarikat cuti tahunannya akan bertambah mengikut perkhimatannya tetapi di puspakom sebaliknya.Jumlah cuti tahunan telah dikurangkan dari yang asal.Sungguh tidak patut dan tidak pernah mana-mana syrikat buat.Pihak berkenaan tolong siasat kes ini.Alasan pihak syarikat hendak selaraskan cuti.

    b)Oleh sebab terlalu sibuk bekerja untuk mencari keuntungan kepada syarikat kami pekerja tidak pernah dapat menghabiskan cuti tahunan masing-masing dan had-had tertentu yang boleh dibawa ke hadapan yang bakinya dikira hangus.Apasalahnya cuti yang selebihnya itu diberi ganjaran wang di atas penat lelah pekerja yang tidak sempat menghabiskan cuti demi untuk puspakom.

    5.Rasuah puspakom kepada pekerja.

    a)Pada saat-saat konsensi akan berakhir pihak puspakom telah memberikan satu imbuhan dalam bentuk bonus kepada semua pekerja syarikat bertujuan menutup mulut pekerja agar tidak timbul apa-apa perkara yang boleh menjejaskan penyambungan konsensi semula denagn pihak kerajaan.Alasan mereka syarikat mendapat untung.Yang menjadi persoalannyamengapa mengapa diberi pada saat-saat tersebut? Itulah yang dikatakan rasuah secara terhormat.Sungguh licik puspakom sehingga pegawai SPRM yang berada di dalam syarikat tidak menyedari perkara tersebut.Yang mereka nampak hanya pekerja bawahan.Inikah yang dikatakan syarikat berINTEGRITI tinggi.

    6.Kes parti pembangkang,masuk parlimen,masuk surat khabar(rasuah dipuspakom)

    Wahai pihak atasan puspakom dan DBR Hicom cuba fikir-fikirkanbuka mata anda,buka hati anda dan buka minda anda mengapa isu tersebut boleh timbul yang sebelum ini tidak pernah berlaku.

    7.Alat-alatan pengujian(penganiayaan dan penipuan terhadap pelanggan pespakom)

    a)Mesin asap terlalu tua dan uzur tiada ketepatan contoh jikalau lori yang sama diuji dua kali bacaan tidak akan sama dengan pertama atau jika ditukar penguji A kepada penguji B bacaan tidak akan sama.Inilah yang dikatakan kecanggihan peralatan puspakom.

    b)Mesin brek apabila hari hujan keputusan pemeriksaan tidak akan sama dengan haji tidak hujan,banyak kenderaan gagal akibat ini.Tiada tindakan yang diambil dari mula puspakom dibuka sehingga hari ini.Puspakom telah mendapat keuntungan yang banyak kerana apabila keadaan ini berlaku pemeriksaan semula terpaksa dijalankan.Bayangkan berapa banyak keuntungan disebabkan ini.Ini dikatakan INTEGRITI tinggi…???

    c)Keadaan yang sama berlaku seperti diperenggan b jikalau mesin brek rosak.Pelanggan tertipu dengan keputusan ujian yang gagal.Pelanggan tetap kena bayar pemeriksaan semula tanpa memberi tahu keadaan sebenar kepada pelanggan. Ini dikatakan INTEGRITI tinggi…???

    8.Boleh dikatakan kebanyakkan peralatan di puspakom sudah uzur dan selalu rosak dan tidak sesuai lagi digunkan untuk melakukan pemeriksaan.Tapi saya dukacita bagaimana konsensi boleh disambungkan lagi.

    9.Didalam semua pemeriksaan yang dijalankan seperti ujian asap,ujin brek,ujian side slip dan penimbangan kenderaan boleh diluluskan dengan mudah walaupun kenderaan itu gagal.Ini saya berani berkata kerana semua peralatan di puspakom sudah habis dikaji dan mudah dipelajari oleh pekerja puspakom sendiri.Sedangkan mesin-mesin ujian pun x BERINTEGRITI.Sekiranya tuan-tuan tidak memepercayai kata-kata saya ini tuan-tuan datang sendiri dan melihat atau mencuba sendiri melakukan semua ujian di atas.Banyak cara-cara untuk melakukannya tuan-tuan.Adakah ini tempat pemeriksaan yang dibanggakan tuan-tuan.Banyak contoh saya boleh perkatakan di sini tetapi saya harap tuan-tuan dapat ketahui nya sendiri disebabkan peralatan ini.Saya rasa sudah sampai masa syarikat ini diambil alih oleh syarikat lain.Sekian terima kasih sudi membaca .

    PKMT-Sila datang ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa untuk buat laporan terperinci:

    Alamat Pejabat;
    Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa
    No.10, Jalan Raja Muda Musa,
    50300 Kampong Bharu
    Kuala Lumpur
    Tel : 03-26980025
    Faks : 03-26980026

  29. Assalammualaikum,,,,,
    saya pemuda keramat jaya
    ingin mencadangkan kepada YB,
    Program Kanival Sihat yang akan di akan
    pada 25-04-09, di Dewan orang ramai kg paya..
    ingin dimaklumkan kami mengharapkan agar YB dapat mengadakan kanival sihat di tempat kami..
    seperti yang akan diadakan di kg bharu.
    Pemua DKJ

    TTerima kasih atas jemputan, Harap dapat hubungi setiausaha saya sdr. Herman-0192168557 utk perbincangan lanjut

  30. IPTA di seluruh negara kini sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan dan mengekalkan pensijilan ISO serta menghebahkannya di seluruh negara tetapi perkhidmatan yang diberikan adalah tidak memuaskan. Borang aduan ataupun maklumbalas oleh pelajar atau dalam erti kata lain di dalam terma ISO adalah pelanggan hilang begitu sahaja meskipun dihantar ke dalam kotak penerimaan aduan yang berkunci. Bukan sahaja ia berlaku di fakulti-fakulti malah terdapat borang aduan yang hilang di mana ia dihantar terus kepada pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tidak dinafikan bahawa terdapat aduan yang diselesaikan tetapi hanya aduan yang bersifat remeh dan mudah sahaja yang diambil kira. Apa sahaja yang melibatkan tingkah laku seseorang staff, kewangan atau perkhidmatan pasti ada yang langsung tidak dijawab dan hilang begitu sahaja. Sudahlah suara pelajar dihalang melalui akta AUKU, malah borang aduan yang digunakan untuk memantapkan atau meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan IPTA juga diputar belit meskipun terdapat audit yang dilakukan oleh pihak SIRIM. Saban tahun pihak pengurusan pasti akan mengingatkan pelajar mengenai kepentingan borang aduan tersebut agar ia dapat memantapkan perkhidmatan universiti tetapi ia hanyalah sekadar cakap mulut dan untuk meningkatkan imej di kalangan media. Diharap Dr dan sahabat lain dapat membincangkan perkara ini dan membawa perkara ini kepada pihak SIRIM ataupun kepada pihak yang bertanggungjawab kerana terdapat segelintir pihak pengurusan IPTA yang sentiasa menindas, menganiayai dan mengugut pelajar dengan akta AUKU. Assalamualaikum.

  31. Pembesar suara Masjid Nurul Ihsan, Tmn Seri Cheras digunakan dengan terlalu kuat dan lama sehingga menganggu ketenteraman masyarakat sekeliling. Berharap Dr. Lo Lo dapat menolong kerana sudah lebih kurang tiga tahun, saya sekeluarga dibangunkan beberapa hari setiap minggu dan juga setiap minggu (2 hingga 4 hari pada masa waktu malam) budak-budak tidak dapat menumpukan kepada pelajaran kerana pembesar suara digunakan lebih dari 2 jam berterusan dan kadang kala melebihi 105dba. Terimakasih.

  32. sy warganegara mal,berkahwin dgn warga indonesi..sy ingin mengajukan soaln…adakah sy layak untuk memohon rumah dbkl…sy agak susah kerana terpaksa menumpang dirumah mak mertua saya..sy dah memiliki 3 orang cahaya mata..sy perlu kan sgt maklum balas dr pihak dbkl…

    Jawapan-Tiada masalah sebab anda warganegara malaysia. Untuk makluman, rumah DBKL dikhaskan untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur sahaja.

Tinggalkan jawapan