1- adakah segala perangcangan BELIA telah terlaksana? bagaimana pula dengan menufesto PILIHAN RAYA UMUM yang lalu?
2- apakah peranan BELIA didalam PARTI (AHLI PAS) ? bagaimana ingin MENYERTAI PARTI PAS?
3- SEKIRANYA saya menyokong PARTI PAS dari sagala aspek, tetapi tidak MENYERTAI PARTI. Adakah itu pilihan bijak?
Jawapan;
1. Perancangan belia & manifesto pilihanraya Umum yang lalu belum terlaksana sepenuhnya memandangkan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS tidak menguasai Kerajaan Persekutuan dan juga Wilayah Persekutuan. Perlaksanaan dasar memerlukan mandat 2/3 dari rakyat dan itu belum diperolehi lagi. Dasar-dasar belia yang baru hanya digubal 5 negeri yang Pakatan memerintah.
2. Belia dalam parti PAS terbahagi kepada 2 iaitu pemuda PAS dan Nisa(Wanita muda). Peranannya ada menjalankan aktiviti bersama masyarakat (mengikut kemampuan & jumlah ahli kawasan masing2)dan mengerakkan cadangan-cadangan pembangunan belia disamping menyelidiki masalah sosial yang berlaku. Untuk menyertai PAS bolehlah mendaftarkan diri dimana-mana pejabat PAS berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat PAS dijalan Raja Laut.
3. Adalah rugi sekiranya anda menjadi penyokong sahaja, kenapa tidak jadi ahli terus kerana anda akan berpeluang menyampaikan cadangan terus ke dalam parti dan turun bersama untuk merasai susah senang perjuangan ini?
apa pun pilihan anda, anda harus memahami niat anda kerana dalam PAS kami tidak menyediakan tempat atau habuan yang hebat buat anda. Kami diajar dan mengajar orang lain untuk berjuang dengan ikhlas tanpa bayaran, malah perlu menyumbang kerana kami percaya setiap amal baik itu akan diganjari diakhirat kelak. Ini sekaligus menafikan kewujudan elemen rasuah dalam oraganisasi kami.
Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali menerima memorandum daripada Pengerusi JKKK Bertindak Indian Element Kg Pandan KL, SM Sureshkumar AL Maniam di Lobi Parlimen hari ini 15 Dis. 2009. Teks memorandum akan disiarkan kemudian
Merujuk kepada laman blog Malaysia Today bertarikh 21hb. Julai 2009, terdapat apa yang dikatakan sebagai salinan surat daripada Dato’ Ramli bin Yusuff, bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke5. Saya dapati ada beberapa perkara yang m […]
Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 Disember 2009. Nota: Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Kepala B29, P29; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 121,123,900 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,326,865,000. […]
Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 Disember 2009. MP PKR Machang, YB saifuddin Nasution Ismail mencelah penggulungan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air keatas perbahasan peringkat jawatankuasa mengenai kementeriannya. Nota: Bajet 2010 Kementerian T […]
MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar petang tadi menyerahkan surat memohon Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat peruntukan dana RM10 bilion dalam pakej ransangan ekonomi yang diberikan pada Khazanah Nasional Berhad tahun lepas. Permintaan Mahfuz itu ekoran Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman M […]
KLIK BENDERA UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN PRU - 12!!
YB. DR. LO LO
Saya ingin mengaju beberapa soalan:
1- adakah segala perangcangan BELIA telah terlaksana? bagaimana pula dengan menufesto PILIHAN RAYA UMUM yang lalu?
2- apakah peranan BELIA didalam PARTI (AHLI PAS) ? bagaimana ingin MENYERTAI PARTI PAS?
3- SEKIRANYA saya menyokong PARTI PAS dari sagala aspek, tetapi tidak MENYERTAI PARTI. Adakah itu pilihan bijak?