4 Respons

  1. Salam buat YB Dr.
    Terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih kerana dapat menyediakan ruang untuk rakyat menyampaikan permasalahan. Terkini penguatkuasaan tali pinggang penumpang belakang kereta amat tidak munasabah kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak lebih 3 orang. Justeru itu, saya mengharapkan YB Dr dapat memanjangkan usul ini di parlimen dan memohon peraturan tersebut dimansuhkan serta-merta. Apa yang penting ialah penguatkuasaan ke atas pandu laju/kecuaian yang menyumbangkan kepada kemalangan.

    Sekian.
    Yang mengharapkan
    penyokong PAS.

  2. salam

  3. Saya daripada Ampang Taman Muda ada salah seorang usahawan ternakan ikan keli didalam premis. Baru-baru ini cuba nak dapatkan pinjaman tekun untuk besarkan perniagaan. Pegawai di pejabat Tekun bagi borang untuk diisikan tapi malang kena dapat surat sokongan dan sign daripada Adun atau ahli parlimen Umno. Jadi suami saya cari lah orang umno nak minta tolong dapat surat sokongan tersebut tapi dah pulak dia nak habuan pulak bukan free.. Saya cuba bank pulak banyak pulak birokasi…Saya tahu kat mana nak minta bantuan kewangan.

  4. Salam buat YB Dr.
    Saya seorang pelajar yang tinggal di tmn tasik titiwangsa, kebelakangan ini, kawasan tinggal saya datang kontraktor menimbus sampah dan tanah dari tempat lain ke kawasan kampung kami selama 4 bulan secara haram. Setiap hari datang lebih dari 50 hingga 100 buah lori masuk ke dalam kampung kami. Aktivity ini menyebabkan masalah pencemaran, kerosakan jalan, banjir dan ia juga bahaya kepada SRK Setapak, Jalan Air Molek, KL kerana pelajar menggunakan jalan tersebut sebagai jalan utama. Penduduk kami telah banyak kali melaporkan kes ini kepada DBKL, tetapi pihak berkuasa juga tidak melaksanakan tugas. Pemberita dari The Star dan Sin Chew Jit Po juga pernah melaporkan melalui akhbar 13/08/09 tetapi pihak kontraktor juga tidak menghiraukan . Bukan ini sahaja, kontraktor bertindak macam samseng tersebut juga memberi gugutan matian melalui sms(private number) kepada penduduk yang membuat laporan dan menyatakan bahawa mereka akan melakukan aktivity tersebut dengan lebih ganas. Walaupun pihak kontraktor memberitahu bahawa mereka mendapat kelulusan dari pihak DBKL dan tuan bagi tanah berkenaan, tetapi sampai sekarang, pihak kontraktor juga gagal mengeluarkan lulusan itu. Pada 12/08/09 saya dan penduduk kampung telah membuat laporan di balai polis Setapak kerana tidak puas hati terhadap pihak kontraktor dan pihak berkenaan kerana gagal menyelesaikan masalah kita .Kami berasa sangat risau bahawa kawasan perumahan kami akan dibanjiri, sebab rumah kami di kawasan yang rendah. Jadi kami berharap YB Dr Lo’ Lo’ yang berhormat dapat datang ke kawasan kita untuk memberi bantuan kepada kita secepat mungkin. Ribuan terima kasih.

    Harap antar maklumat lanjut ke email ini-hermansamsudeen@gmail.com

Tinggalkan jawapan